BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

13 January, 2011

oUr BeSt PeRfOrMaNcE

ku merintih ku menangis
ku meratap ku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke Mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya


tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bermadah syahdu
tenang dan damai dipusaraku
nisan batu menjadi tubuh
namun tak siapa pun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan kudengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian


kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapapun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari
nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi


jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata


penyanyi: FAR EAST

Alhamdulillah, akhirnya setelah berpenat lelah berlatih untuk membuat persembahan nasyid ini, kami berjaya mendapat johan untuk aktiviti hisbah HUMAIRA' yang diadakan malam semalam. Sungguh tidak disangka sama sekali...(dapat satu tuala baru)..hehehehe..tetapi pertandingan itu tak terhenti di situ saja, kami akan bertanding untuk TALENT TIME 2minggu akan datang..

Bagus juga memilih nasyid ini sebagai satu persembahan, kerana at least ada message penting yang ingin disampaikan, iaitu hidup didunia ini adalah sementara, seperti sabda Rasulullah SAW, celuplah jari ke dalam air lautan, dan hidup didunia itu adalah seperti titisan air yang jatuh dari jari, dan selebihnya iaitu air lautan yang luas itu adalah hidup akhirat

KEJARLAH AKHIRAT, NESCAYA DUNIA MENGIKUTIMU...




Ya Allah akhirkanlah hidup kami dengan husnul khatimah, dan jangan akhirkan hidup kami Ya Allah dengan su'ul khatimah...ameeen....

KU DAMBA KASIH ILAHI

0 comments: