Sepanjang lebih kurang 3 minggu cuti semester, sang Khaulah berkesempatan m’habiskn cutiny di rumah kakaknya. Tujuan utamanya adalah u mmbntu kakakny menaip u mngisi data form 6, disamping itu blehla sang Khaulah bermain2 dgn ank buahnya..hehehe. Maklumlh ank buahny ramai..berikut dperknlkn ank2 buah sang Khaulah:
Ank sulung, Muhammad Adi Ahlami (8 thn), Najah Amirah (7 thn), Shamina Amirah (4 thn), Atikah Amirah (5 bln).
Sepnjg brada di sana dr tarikh 17-20 Mei, byk2 scene2 yg mnarik yg ingin dkongsi brsama shbat2..antranya..
Nk djdikn crite, adlah stu ari tu, sang Khaulah ni nk smbhyg Maghrib…sang Khaulah slalu mngajak ank buahny yg prmpuan, brnama Najah Amirah. Dia akn slalu mngikut ap yg dbuat o ibu saudrany ini..mklumlah, sang Khaulah jrg2 shj brksmpatan u brmlm d rumh kkkny ini..hehhehe. Dan adikny, Shamina Amirah akn trut mlihat mereka smbhyang smbil minum susu.
Usai solat, sang Khaulah ingin mnunaikn solat rawatib slpas solat Maghrib. Si adik, Shamina yg petah berckp itu berkta, “Lpas smbhyag, smbhyg lagi..” dia kehairanan.. Lalu sang Khaulah hny tersnyum kpd Shamina itu x brkata ape2..Kau tidak mngerti sayang..
Budak kecil, hny mampu mlhat ape yg org dwasa buat, x mngerti ape2. Bertnyakan ape2 shj yg mnimbulkan kehairanan d fkiran mrka..’Kamu akn blajar tntg semua itu nanti, sygku’.. Bisik sang Khaulah didlm hati..
Pada mlm terakhir, iaitu sblum brtolak pulg ke rmh, si kakak, Najah Amirah sibuk hndk memakai tdug sang Khaulah. Slps memakai tdug tersebut, die lalu mnyuruh sang Khaulah mmbli 1 tdug sperti sang Khaulah itu yg brwarna biru gelap atau cerah untukkny ke sekolah biarpun die sdah ade 1..
Lalu die pn mngambil buku notanya, yg penuh dgn kartun sinchan u mnulis pesananny kpd sang Khaulah. Sungguh bimbg die andai sang Khaulah mmbli warna yg salah atau terlupa mmbli psanannya itu..hai Najah2..Tp sang Khaulah sudh mmberithu awl2 kpd si Najah Amirah bhw die mgkin akn lwat sikit mmbli psanan itu dsebabkn kesntukkan wang…Dlm fikiran sang Khaulah, ‘nampkny aku kne tggu duit elaun sem dpan msuklah..hehehe’..
Sang Khaulah berasa sgt gembira melhat si Najah Amirah smasa mula2 ibu si Najah itu mngambilny di Sekolah Rendah Al-Amin, Kuala Terengganu..Sang Khaulah mlihat murid2 di sekolah itu, kecil2 lg sdh diajar spy mnutup aurat, biarpun xsekemas guru2 yg mngajar, tp sekurg2ny mereka sudh mndpt pndedhan tntg kwajipan mnutup aurat ini sjak kecil. Dihrpkn usaha ini akn berterusn dan murid2 itu istiqamah memakai tdung sehingga dwasa.
Sepnjg perjlanan u mngambil si Najah Amirah itu juga, sang Khaulah tbe2 trfikir apbla mlihat byk kereta yg besar2 melaui jln tnh liat yg sempit dan tidak bertar itu.. Bagusny para ibubapa itu, sanggup menyekolahkn anak2 di sekolah agama swasta kerana walaupun sekolah itu terltak di pdalman, mrk sanggup mngambil dan menghntar. Mrk sedar akn kpentingan mmberi pndidikn agma sjk dr kecil lg kpd ank2 mreka. Mungkin mreka agk sibuk dgn kerja lntas mngambil inisiatif ini u mndidik ank2 mreka.. Tp walau bgaimanapun mreka juga hrus mmberi perhtian jga kpd ank2 mreka mndpt kedua2 kasih syg dr ibubapa juga guru2 di sekolah.
Sang Khaulah sempat membeli beberapa mjalah ana muslim pd 27 Mac yg lpas di pesta buku antarabangsa di PWTC u ank2 buahny.. Tujuannya adlah spy ank2 buahnya mndpt bhn bcaan yg brkualiti & islamik. Kerana bg sang Khaulah, bhn bcaan bg si kecil ini perlulh yg mmberi mnfaat kpd si pmbaca krn mngikut pgalamn sang Khaulah sms kecil2 dhulu, bhn bcaanny sering mnjdi ikut2an dan byk mmpgaruhi kehidupannya selain dpt mmberi byk pengethuan yg bergna kpd sang Khaulah. Semoga ank2 buah sang Khaulah juga nanti akn mnjdi orang2 yg berguna dan pejuang ad-din..Insya-Allah…AAMIIN..
u pengetahuan pembaca sekalian, gmbr di ats tuh merupakan pesanan si Najah Amirah u sang Khaulah...juga gambar anak2 buah sang Khaulah, dari kiri,abang Adi Ahlami, adik Shamina Amirah, dan kakak Najah ..
Adik bongsu, Atikah Amirah..
26 May, 2010
Kau tidak mengerti sayang..
Posted by Powerpuff gurl at 8:57 AM 0 comments
Labels: pengalaman...
17 April, 2010
bidadari syurga ada di bumi???

Wahai Muslimah ku tahukah dikau….
Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau..
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
aku mengidam bertemu dengannya,
Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……
InsyaAllah…..
Posted by Powerpuff gurl at 10:01 AM 0 comments
Labels: puisi buatmu duhai muslimah...
03 April, 2010
Walau siapa dirimu, jangan dilupakan tugas ini
Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita semua tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki.
Jika kita ingin dianggap ‘manusia' dan bukan seperti ‘binatang ternak' di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.
Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang meluapakan sebagai ‘bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,
"Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar"
Iaitu : menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran.
DIRI TIDAK SEMPURNA
Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.
Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.
Justeru itu, Allah tala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :
كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)
Dari Ibn Mas'ud r.a :
لما وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم
Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan ‘Isa. ( Riwayat Ahmad)
Nabi menyebut :
والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب لكم
Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)
Sekarang tugas kita, menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita membezakan mana yang mungkar dan mana yang maʿruf. Hanya melalui jalan itu, kita mampu melaksanakan tugas tersebut.
SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI
Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai ‘tidak baik', ‘tidak soleh' dan ‘belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.
Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.
Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.
Nabi juga bersabda :
الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر
Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, seseiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah (Riwayat Abu Daud)
JIKA AJAKAN DAN TEGAHAN TIDAK DIIKUTI?
Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.
Allah menyebut:
إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ
Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya) ( Al-Syura : 48)
Dan juga ingatan Allah taʿala :
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya ( Yusuf : 103)
Akhir sekali, marilah kita sama-sama merenung teguran Allah ini
أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit (Surah al-Taubah : 38)
PENUTUP
Tugasan ini boleh dijalankan melalui pelbagai bentuk dan keadah mengikut kesusaian seseorang dan kemampuannya serta kepakarannya. Sama ada melalui parti politik, NGO yang terdiri dari perkumpulan, jamaʿah dan persatuan atau juga secara individu.
Ia boleh dilaksanakan di tempat kerja, sekolah, universiti, surau, kampung, felda, di persekitaran rumah, di ruangan internet, buku, majalah, bulletin, di waktu kursus dan seminar dan banyak lagi. Jangan disempitkankan medium dan ruangnya.
Sumber:Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
copy and paste je ni..Semoga artikel ini mmberi kesedaran kpd kite sume dlm mnyambung tugas Rasulullah S.A.W......Ameen
Posted by Powerpuff gurl at 7:47 PM 0 comments
03 March, 2010
MaKsIaT mEmBuAt LuPa KePaDa TuHaN??
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan setiap jiwa harus melihat apa yang telah dia lakukan untuk hari esok, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang lupa akan Allah. Maka Allah akan membuat lupa akan diri mereka sendiri. Itulah orang-orang yang fasik"
Al-Hasyr:18-19
Allah menyuruh mereka untuk bertakwa & melarang mereka meniru orang2 yg lupa kpd-Nya. Allah akan membuat org yg meniru mrk yg lupa, melupakan kemaslahatan yg boleh menyelamatkannya drpd seksaan & membawanya ke tempat yg abadi di akhirat, & melupakan hal lain yg mendtgkan kesempurnaan, kesenangan & kelapangan nikmat baginya.
Mereka dilupakan akn hal tersebut krn mereka melupakan Allah; lupa mengagungkan-Nya, tdk takut kpd-Nya, tdk berpgg teguh pd perintah-Nya. Oleh krn itu, dpt kita lihat, org yg melakukan maksiat lalai berbuat sesuatu demi kebaikan dirinya sendiri. Kesempatan untuk itu dia hilangkan. Dia mengikuti hawa nafsunya. Keadaannya serba kurang & mundur. Kemaslahatan dunia & akhiratnya juga tertinggal. Dia kehilangan kebahagiaan yg abadi, krn tlh ditukarnya dgn kenikmatan yg lbh rendah.
Ini semua tak lain merupakan awan musim kemarau @ fatamorgana.
Kesan yg paling besar adlh lupanya seseorang akn dirinya sendiri yg sebenar. Dia tidak memperhatikan diri, menghilangkan keberuntungannya sendiri drpd Allah. Dia menjualnya dgn tipuan & harga yg rendah. Dia menghilangkan hal yg sgt penting & tiada gantinya. Dia menukarnya dgn sesuatu yg tdk diperlukan.
Sebaliknya, untuk manusia yg mampu berthn drpd maksiat, Allah akn mengganti usahanya itu dgn perkara2 yg tiada gantinya. Allah memberikan manfaat kpdnya, sesuatu yg tdk dpt diberikan oleh yg selain-Nya. Allah menolong serta melindunginya. Maka bagaimana seseorang merasa tidak perlu mentaati-Nya walau hanya sekejap? Bagaimana manusia lupa berzikir & mengingati-Nya. Bagaimana manusia boleh mengabaikan perintah-Nya sehingga merugikan & menzalimi dirinya sendiri? Allah tdk akn menzalimi seorang hamba, tetapi hamba tersebutlah yg menzalimi dirinya sendiri.
sumber: Penyakit & Penawarnya
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
Posted by Powerpuff gurl at 1:40 AM 0 comments
Labels: Renungan bersama untuk mengingati diriku yang selalu lupa..
27 February, 2010
Kenapa AsAsI uIa??

Kenapa pilih Asasi UIA??kenapa tidak stay je kat matrik tu??
Itulah soalan yang kerap kali ditanyakan kepadaku. Jenuh aku menjawabnya.
Ceritanya bermula di sini. Selepas diumumkan keputusan upu untuk para pelajar lepasan spm 08, aku terkejut kerana aku tidak mendapat tempat di IPTA. Sudah beberapa kali aku menyemak, tetapi hasilnya tetap sama. Kawan-kawanku yang lain sibuk bertanya, "ko dapat sambung katne?...etc" Dan aku hanya tersenyum kelat sambil menjawab aku tidak mendapat tawaran ke mana-mana IPTA. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu, sedih, menyesal, terkilan dan banyak lagi. Menyesal tu of courselah sebab tak usaha sungguh-sungguh untuk SPM sejak dari Form 4 lagi. Huhu.. Lama-kelamaan aku menerimanya jua dengan hati yang redha. Mungkai Dia merancang yang terbaik untukku. Kawan-kawanku juga pelik dengan keadaanku kerana bagi mereka keputusan aku itu agak baik dan hampir sama saje dengan mereka, tapi aku tak mendapat tawaran ke IPTA. Lalu muncullah kawanku yang sudi menolongku, untuk membuat rayuan ke IPTA. Aku dengan semangat membuat rayuan ke Asasi UM, kerana bagiku, universiti itu adalah yang paling tertua, dan pastilah sistem pengajarannya bagus serta prasarananya lengkap. Dan kawanku itu menolong aku untuk membuat rayuan ke Asasi UIA.
Memandangkan aku tidak mendapat tawaran ke IPTA, aku bercadang untuk melanjutkan pelajaran di Matrik sahaja. Untuk menunggu keputusan rayuan itu, sebaiknya aku menyambung dahulu pelajaranku di matrik. Silap haribulan, yang dikejar xdpt, yg dikendong berciciran. Tambahan pula itu sahaja tawaran yang aku dapat, dan ramai juga kawanku yang lain yang mahu belajar disana. Jadi tidaklah aku terkapai-kapai seorang diri di nogori orang.
Setibanya tarikh untuk mendaftarkan diri di matrik, aku dihantar oleh ayahku, abangku dan seorang kakakku. Aku mendapat 3 orang roomate dan salah seorang dari mereka adalah berbangsa cina. Seorang dari Johor, seorang lagi dari Kelate, dan yang berbangsa cina itu datang dari Penag. Semuanya berbeza aliran dariku.. Urmmm.. nampaknya aku perlu berhijrahlah untuk buat studygroup..huhu. Bilik di Matrik sangat luas dan selesa, aku sangat gembira apabila melihat suasana itu sehinggakan aku memberitahu abangku bahawa aku ingin stay di matrik saje tambahan lagi aku tidak suka memikirkan sesuatu yang tidak pasti iaitu rayuanku ke asasi. Biarlah Tuhan saje yang menentukan takdirku untuk belajar dimana-mana pun. Abangku hanya mengikut sahaja kehendakku. Tapi yang aku tidak seronoknya adalah keadaan tandasnya. Aku memang jenis sensitif kalau bab tandas ni, tak tau mengapa...huhu. NOTHING IS PERFECT.
Setelah seminggu menjalani minggu orientasi di matrik, aku diperkenalkan dengan sistem pembelajaran di matrik. Aku memang sedia maklum dengan cara pembelajarannya yang 'rushing' dan memerlukan banyak pengorbanan untuk sukses di matrik. Cuma baru sekarang ini aku berdepan dengan teorinya, bukan lagi hanya mendengar dari mulut orang. Setibanya pulang dari kelas, aku hairan melihat roomateku yang seorang itu, dia sibuk berkemas. Lalu aku mendekatinya dan bertanyakan hal yang sebenar. Dia menerangkan bahawa petang ini juga ibunya akan mengambilnya pulang ke kampung. Hah??biar betol..mimpikah aku ini?? baru sehari malah tidak sampai sehari kami diperkenalkan dengan sistem pembelajaran di matrik, dia awal2 lagi sudah undur diri. Lalu dia menjelaskan dengan lebih lanjut lagi, bahawa cuti sekolah nanti, dia dan seluruh ahli keluarganya akan menunaikan umrah, jadi banyaklah silibus yang akan dia ketinggalan sepanjang dia menunaikan umrah tambahan pula pembelajaran di matrik rushing. Dia memberitahu bahawa dia akan menyambung pelajarannya di Uitm Johor saje, dan abangnya akan menguruskan semuanya tentang pendaftarannya di sana.
Tiba-tiba, aku merasakan kelopak mataku menjadi panas setelah bersalaman dengan kawanku sebelum dia pulang ke Johor, dan akhirnya menitik jua air jernih dari kelopak mataku setelah aku masuk ke bilik. Mungkin terlalu sedih mengenangkan nasibku yang akan ditinggalkan oleh kedua orang roomateku kerana roomateku yang berasal dari kelantan itu telah mendapat tawaran ke Asasi Kejururawatan di Usm Kelantan. Habislah aku, duduk sorang2 je dalam bilik, roomateku berbangsa cina itu senyap saje. Sape yang akan menolong mengejutkanku untuk solat subuh nanti??huhu.. Tanpa disedari, roomateku yang berasal dari Kelantan itu menghampiriku, memujukku agar xbersedih dan bersabar. Dia memberikan kata-kata positif padaku dan menemaniku ke kafe untuk membeli makanan untuk dinner. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan seekor kucing di kaki lima, lalu roomateku itu menyuruh kucing itu mendoakan agar aku mendapat Asasi Uia.
Setelah usai solat maghrib, aku membaca kalam suci Al-Quran. Tiba-tiba, aku mendapat panggilan dari pihak Uia mengatakan aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Asasi Uia. Ya Allah hanya Tuhan saje yang tahu perasaanku waktu itu. Semuanya bercampur baur. Siapa tahu dalam tempoh 4hari sebelum pendaftaran ke Asasi Uia tu, aku mendapat tawaran itu sedangkan orang lain bersenang lenang di rumah(masa cuti yang lebih panjang), menyediakan barang2 tapi hakikatnya aku, kakakku yang menyediakan semua keperluanku. Sebelum ini, aku hanya menjangkakan bahawa aku mungkin mendapat intake kedua, tapi jangkaanku meleset. Rupa2nya aku mendapat intake pertama. Alhamdulillah.
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." At-Talaq 65:2-3
Semasa di Matrik, guru Addmathku(yang juga dikira guru untuk nuqaba') selalu contact dgnku, menyuruhku untuk membuat usrah disana kerana aku pernah menjadi naqibah & join kem ibadah yang pernah guruku itu anjurkan. Jahatnya aku, selalu mengelakkan diri, memberi alasan bahawa aku tidak pandai sangat, itulah inilah xalim sgtlah.. Sehinggakan apabila aku sampai di Asasi Uia, guruku itu still contact dgnku. Dan setelah aku memberitahu tentang perpindahanku ke Asasi Uia, guruku itu tidak lagi menghubungiku.
Sehinggalah suatu hari, aku dihubungi oleh seorang senior, dan dia mengajakku untuk join usrah. Aku berfikir lagi, memang tidak dapat aku nafikan, aku dahagakan ilmu agama ketika berada di matrik. Dan apabila aku berada di Asasi Uia, aku tidak dapat lari lagi dari join usrah. Memang Tuhan itu amat menyayangi hambaNya. Dan Dia tidak membiarkan aku kehausan daripada ilmu agama. Aku berasa seronok join usrah ini kerana bagiku kakak usrahku ini menggunakan cara yang pelbagai. Dan aku juga ada berkongsi cerita dalam usrahku ini bahawa aku pernah ditemuduga untuk menjadi fasilitator untuk study circle. Aku memberitahu bahawa aku menolak tawaran ini kerana memikirkan aku tidak layak untuk menjadi begitu.
Setelah banyak kali aku join usrah yang dianjurkan, kini aku sedar betapa tanggapanku selama ini salah belaka. Aku perlu dan mesti menjadi seperti itu. Untuk menunggu sehingga diriku layak??sampai bila agaknya??..Dan kini aku berpegang pada hadis ini, "Sampaikanlah dariku walau satu ayat.." Kalau bukan sekarang, bila lagi??kalau bukan disini, dimana lagi?? kalau bukan aku, siapa lagi??
Dan kini aku mengerti, mengapa aku ditempatkan di UIA. Pasti ada maksudnya yang tersirat yang hanya Dia yang mengetahuinya. Memang betul apa yang diperkatakan oleh ustaz bahasa arabku sem lepas,.."Lama-kelamaan nanti, kamu akan tahu apakah hikmahnya kamu ditempatkan di UIA..." Masih terngiang-ngiang lagi ungkapan itu di benak fikiranku sehingga kini. Dan aku merasakan hikmahnya semakin hari semakin tersingkap. Dan suka disini aku menghayati sajak Allah knows best.. Memang pada asalnya aku ingin melanjutkan pelajaran di oversea, namun Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.
Sebab itulah aku postkan sajak itu kerana aku amat suka membaca sajak itu. Aku mendapat sajak itu dari seorang guru berbangsa india semasa aku mengikuti kursus English lepasan SPM. Bagiku, he is a very religious man. Unfortunately, he did not get hidayah from Allah. What can I do?? Kerana bagiku, dia seorang yang amat berpegang teguh pada agamanya. Selalu mementingkan adab dalam setiap perkara untuk mendapatkan keberkatan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Dan dia pernah bertanya kepada kami, mengapa Muslims xboleh menderma kepada orang India untuk membina tempat sembahyang sedangkan dia sebagai Indian menderma kepada Muslims yang miskin. Aku terkedu... Tidak tahu bagaimana untuk menjawab persoalan itu. Memang aku sangat geram situasi begitu kerana kami sebagai orang Islam tidak dapat berhujah..huhuhu.. Semuanya sudah terlambat.. Satu saje harapanku, moga suatu hari nanti, guruku itu akan mendapat hidayah daripada Allah SWT..InsyaAllah....
Posted by Powerpuff gurl at 8:00 AM 2 comments
12 February, 2010
salam..
Kpd follower blog ini @ sesape yg terbuka blog ini,ana mintak maaf krn postnye xbyk sgt..dsebabkn ana pn baru aje berjinak2 dlm dunia blog ni..hehehe
maaf jika ada kesilapan yg berlaku dlm penulisan ana ini..
sekian..wassalam..
Posted by Powerpuff gurl at 2:14 AM 0 comments
MuHaSaBaH cInTa...

Wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian darimu
ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baruku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini kuharapkan cinta-Mu
c/o Kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa biar jadi
penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Ilahi....ya Ilahi....
muhasabah cintaku...
Tuhan...
kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku denganmu...
ulang c/o 2x
Posted by Powerpuff gurl at 12:33 AM 0 comments
Labels: lirik lagu



