BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

13 December, 2010

AkU LiM & IsLaM

Assalamualaikum wbt. pertma2 skali mnta maaf byk2 krn tlh lame x update blog ni..mgkin krn xsempat utk mncari bhn2 yg bgus utk dipost..Alhamdulillah akhirnya hari ini berksmpatan jga utk update blog nih..

Satu hari, sedg diri ini mlyari internet, maka tersrempaklah dgn satu artikel nih..amat menarik...stelah mmbacanya, seolah2 teringat dgn satu talk yg diadakan di AMF UIA PJ pd sem 2 yg lpas yg dismpaikan oleh seorg muallaf yg jga bernama LIM..Dan ceramah yg dismpaikan ada kemiripan dgn artikel ini..mgkinkah Lim yg dikatakan adalah org yg sama..sma2 kita fikirkan..hahaha..

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?


Aku terdiam, kelu.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Mengapa mesti kita mendapat tazkirah itu dr seorang yg bukan Islam tentang kewajipan berdakwah??
setelh mmbaca artikel ini, siapakah yg harus di perslahkan?diriku atau dirimu? sama2 kita bermuhasabah..mgkin kita lebih mnghargai sesuatu yg kita dpt hasil dr titik peluh dan kefahaman berbanding dgn sesuatu yg kita dpt dgn percuma shj tanpa sedikit pun pengorbanan...

Ya aku akui, diriku hanyalah seorang Islam..keislaman yg diwarisi, yg dr kecil hngga dwasa hnya mngikut arahan ibubapa xbleh buat itu dan ini..krn itu adalah ajaran Islam...aku akui, aku punya zaman jahiliyyah itu, mlggar batas2 syariat itu, namun tak slh bukan jika kita sama2 mngkaji smula scra mndalam apakah ajaran Islam itu..mngkaji smula ajaran yg dibwa oleh Rasulullah SAW yg snggup berkorban diri & nyawanya hny krn mnegakkan dakwah Islamiyyah...mnyampaikan ajaran Islam kpd semua manusia shnggalah kita smua dpt mnkmati nikmat Islam itu shngga ke hri ini..Alhamdulillah..Allahumma solli ala sayyidina Muhammad..

jadi siapakah yg harus berdkwah skrg kalau bukan kita?bila lagi?dimana lagi?siapa yg hendak mnjadi MATA-MATA RANTAI PERJUANGAN NABI SAW kalau bukan KITA?takut2 Islam itu tidk smpai pd generasi yg akan datang..nauzubillah min zaalik..

Aku xperfectla, cmne nak dakwah?..ko sape nak dakwah aku??kubur lain2 lah,ko jgn sibuk bleh x??
dakwah itu satu kmestian bilamana kita sbgai seorg ISLAM mngucap dua kalimah syahadah,tggungjwab berdkwah itu scra lgsungnya tlh terpikul di bahu kita...kita kena ingat salah satu hadis nabi...


“Balighul Anni Walau Ayyat”

Artinya : “ Sampaikanlah kepada mereka walaupun hanya satu ayat ”
Dari Anas RA :

Kami para sahabat RA bertanya “Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran.” Maka Nabi SAW bersabda, “ Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya.”
(HR Thabrani)

berdsarkan hadis ini dpt disimpulkan bhw kita harus berdkwah kpd sesiapa jua..disamping kita juga turut sama mmperbaiki diri spy mnjadi yg lebih baik..org yg berdkwah itu sgt berat ujiannya, krn dia diuji dgn apa yg didkwahkannya kpd org lain..so sama2 kita fikirkan..wallahua'lam..

KU DAMBA KASIH ILAHI

21 October, 2010

20.10.2010 Tanyalah Ustaz - Dosa & Bala??

Alhamdulillah hingga ke hari ini diriku diberi peluang untuk bernafas di atas bumi tuhan yang luas ini. Membuka tv pada waktu pagi-pagi begini, tiada apa yang menarik. Tetapi tiba-tiba sahaja hatiku terdetik untuk menonton tv9 rancangan Tanyalah Ustaz yang sememangnya tidak asing lagi disiarkan di kaca tv.

Hari ini,ingin sekali aku berkongsi apa yang aku dapat daripada rancangan Tanyalah Ustaz iaitu tentang bala & dosa. Ustaz Syed Hisham(nama penuh xsempat diteliti)yang berceramah pada pg ini ada menyebutkan bahawa bala akan diturunkan atas sesuatu kaum itu jika 15 perkara berlaku di atas muka bumi ini. Antaranya adalah:

1)Harta sesebuah negeri jatuh pada tangan orang2 tertntu
2)Amanah dijadikan sebagai sumber keuntungan
3)Zakat dijadikn hutang-iaitu zakat dibuat seperti mmbyr htg
4)Suami memperturutkan kehendak isteri-iaitu apabila suami menuruti isteri dlm
prkara yg dilrg Allah
5)Anak derhaka pada ibubapa
6)Lalu mereka rapat dgn kwn2-segala mslh diceritakan pada kwn2, sbg cth mndpt
sms dr llki mngajak untk berknlan.. klau ditnyekn pd kwn2, psti mrk mngglakkn
utk mlyan llki tersbut.ttp jika diajukn pd ibubapa, pasti mrk mnsihatiny utk bertndk sebaliknya
7)Hilang mesra dgn bapa
8)Suara2 ditinggikn di masjid kecuali azan-di sini lebih menumpukan kepada menghormati institusi
masjid
9)Orang plg hina di klgn sesuatu kaum dijdikn sbg ketua kaum tersebut
10)Arak diminum di byk tmpt

Lain2nya adalah muzik dimainkn d mrata2 tmpat..(xsmpat nk salin)

Shbat2 skalian..cube kita renung balik, adakah perkara sebegini brlaku dlm masyarakat kita?pastinya ada bukan?atau ianya diluar pgthuan kita. Cuba bayangkan jika satu hari nanti kita ditimpa bala oleh Allah SWT...apa nsib kita?Dia xkan mengguh2kan wktu utk mnurunkan bala itu terhdp satu2 kaum..

Cth sdah terpmpg di dpn mta kita, di mne trunnya bala TSUNAMI pd 26 DISEMBER 2005 iaitu sehari slps perayaan Christmas dismbut...anda thu sbbnya?sme2 kta fikirkan..wallahua'lam.
Sbb itulh Allah tlh mnyuruh mnusia utk brbuat amar ma'ruf nahi munkar.melakukan kebaikan dan mncgh kemungkaran..Semuanya demi kesejahteraan manusia..krn agama Islam itu sejahtera,aman..

Ku Damba Kasih Ilahi

Renung2kan =)

19 October, 2010

Kenapa abang cintakan saya ek??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 


Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan.....

16 October, 2010

Ketulusan Hati-Anuar Zain (Astro Oasis)




Best giler video klip nih..jom same2 kta tengok!!!

13 October, 2010

Afgan - PadaMu Kubersujud

06 October, 2010

Kewafatan Rasulullah.wmv

Kenapa tak rogol saya??

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]



Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Kepada yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak mengganggu kalian...insyaAllah...