BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

23 July, 2010

Buatmu saudariku...

Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...

Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...

Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,

seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

Saudariku..
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn

03 July, 2010

Selamat Jalan Ya Ukhti Fatimah...

Alhamdulillah, hingga ke saat ini, diri ini masih lg bernafas, nadi ini msih lg berdenyut, jari ini msih lg laju mnari2 di ats keyboard,..mengatur madah bicara bt teman2 seprjuangan..
Entah mengapa, hati ini tersgt rndu pd ukhti Fatimah,walau diri ini hnya sempat mngenalinya dlm tmpoh msa yg pndek, tp penuh bermkna...walau pmergianmu telah lbih 2mggu berlalu..tp dri ini seringkali teringat akn drimu, snyumanmu, gelak twamu yg nakal, gurauanmu yg seringkali mncuit hati, keseriusanmu yg terkdg mmbuat hati ini tkut untuk mndkatimu..

Ya Allah, aku amt mrnduinya..tiada apa yg dpt aku berikan pdnya..
hnya Al-fatihah yg boleh aku sdkahkn slalu untuk drimu yg tlah pergi kpd penciptamu..

teringat kmbali knangan bersmamu, smpat bersmbahyg berjmaah bersma2 dgn ukhti Aqilah..engkau mgajar aku untuk trus berdkari, mnjadi seorg imam, mnjalinkn ukhuwwah bersmamu ktika mkn tgahari smbil bergrau snda...mrebut2 untuk mndpt suami yg soleh,,,indhnya berukhuwwah krnMu ya Allah.... tp drimu...tlh pergi tnpa smpat untuk mrasai semua itu...ku doakan mga kau akn bertmu dgnnya d syurga nanti....InsyaAllah

dri ini smpat berslaman dgnmu bt kli trkhir, sms drimu hndak plg brcuti untuk tggu kmsukan ke main campus...dan msih sgar d ingatan drimu mgatakn jka pjg umur, kta jmpa d maincamp

tp hkikatnya....drimu tlh pergi...tlh pergi...tlh pergi...pergi buat slama2nya...
rindunya pdmu ya ukhti..

aknku smbung perjuanganmu ya ukhti...slgi jntungku msih berdgup..slgi driku ini msih lg bernfas...slgi ada kudrat pd jasad ini..
aku slalu mmbygkan..
bgaimana keadaanku jka berada dtmpatmu??

memg bnar kematian itu amat dekat...ajal maut di tgn Tuhan,xmngenal masa dan usia..

Ya Allah...aku mohon ya Allah..
cucurilah rhmatMu bt ukhti Fatimah...moga dirimu tenang bersemadi dialam sana
tggu khdiranku di syurga nanti ya ukhti...

Al-Fatihah buat ukhti Fatimah Zurwanti Zulkifly....