BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

28 January, 2012

Tahun Baru 2012

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hari ini jari jemari ini terasa ingin menari2 di atas keyboard. Disebabkan terlalulah lama saya tidak mengupdate blog ini, hinggakan berdebu dan semak samun tumbuh meliar disana sini. Tak tahu kenapa laptop ini tak dapat connect internet di mahallah, oleh sebab itu agak sukar untuk saya mengupdate sebarang maklumat di blog ini. huhu
Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga tahun 2012 ini membawa seribu satu makna buat mengejar mardhatillah (redha Allah).

Kebiasaannya, tahun baru amat berkait rapat dengan azam. Setiap kali masuk tahun baru, setiap orang akan mula berazam “tahun ni aku nak.....”. Beginilah lebih kurang dialognya. Namun ada juga sesetengah orang yang bagi mereka setiap hari mereka memperbaharui azam mereka. Ini lebih baik bukan? Takkanlah nak tunggu masuk tahun baru, barulah nak berazam. Kalau azam tak menjadi bukan ke payah jugak tu?hehe

GREAT! Get Really Excited About Today! Acronim ini saya dapat dari brother Imran Koyube, founder ILUVISLAM. He is very adorable person and I was quite excited to meet with him. Beliau memberi ucapan sempena awal muharam di universiti saya yang bertajuk HIJRAH. Antara point2 yang dapat saya kutip adalah, kita mesti setkan target untuk berhijrah, kita perlukan momentum yang besar untuk berhijrah, mesti ada keyakinan yang tinggi, a skill, a process, and we must keep learning. Apabila berhadapan masalah, mestilah kita focus kepada cara penyelesaiannya, bukannya masalah.

Kalau dalam Islam ada hadith mengatakan “ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Na’uzubillah. Sama2 kita muhasabah. Sebagai seorang manusia, value kita bukanlah sekadar seorang manusia. Allah telah menciptakan kita tak ternilai harganya.
Suka untuk saya berkongsi di sini satu mutiara yang sangat berharga yang saya dapat apabila menonton cerita animasi ‘Kung Fu Panda’. Pasti dah tengok kan? Terkesan dengan kata2 sifu(tikus kecil) kepada Panda. “ YOU HAVE SOMETHING THAT THE OTHERS DON’T HAVE IT”. Amazing right? Hikmah itu kepunyaan orang mukmin. Dimana2 pun dia terjumpa, dialah yang paling layak untuk mengambilnya.

Semoga dapat manfaat^___^

~KU DAMBA KASIH ILAHI~