BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

23 March, 2011

Dugaan ini mematangkan diri



**********************


Cuti semester bermula. Semua student mulai meninggalkan kampus selepas selesai final exam. Bilangan penduduk mahallah mulai berkurangan berikutan masing-masing sudah selesai menempuh cabaran final exam. Aku kebosanan berikutan ‘gap’ examnya terlalu lama membuatkan diri ini bosan kerana selalu menghadap buku BIOLOGY yang sarat dengan ilmu pengetahuan yang sangat menarik. Selain itu, cemburu dengan roomate yang sudah selesai menghadapi examnya bermain komputer dan bersuka ria bersama-sama temannya.

Selesai exam, masing-masing sibuk menguruskan kerja masing-masing. Bersalam-salaman dengan rakan-rakan sebelum masing-masing pulang. Setelah selesai exam, segala perkara yang dirancangkan selepas exam boleh di’settle’kan.


*****************


Sudah menjadi lumrah, selepas satu-satu masalah diselesaikan, akan timbul lagi masalah yang lain. Aku perlu pulang ke Perak dahulu sebelum pulang ke rumah berikutan permintaan kakak yang sedang sarat mengandung untuk menemaninya kerana suaminya bekerja di Kuala Lumpur. Aku membeli tiket train ETS untuk ke sana kerana tiket train itu ada dijual pada waktu yang ingin aku pulang.

Aku tercari-cari dimanakah kaunter tiket train ini, dan dimanakah tempat untuk menaikinya. Atas pertanyaan beberapa orang disekitar itu, akhirnya aku tiba ke tempat menunggu train itu. Memandangkan ini adalah first time aku menaiki train ini, adalah menjadi kewajipanku untuk meng’explore’ stesen-stesen yang akan disinggahi oleh train ini sebelum tiba ke Kampar. Namun aku tidak berbuat demikian kerana beg yang terlalu berat dan banyak. Mungkin dalam train nanti baik-baik saja, fikirku. Train agak lambat hari ini, mungkin ada masalah yang berlaku sebelum tiba ke KL Sentral.


************************


Sepanjang menunggu, pelbagai ragam manusia aku nampak disitu, mungkin disebabkan hari itu hari Ahad, dan ramai orang yang ingin pulang ke tempat kerja masing-masing. Aku berdiri berhampiran seorang mak cik yang agak tua. Dia ramah bercakap denganku dengan loghat Perak. Dan aku hanya banyak mengiakan sahaja. Tidak jauh berhampiranku kelihatan seorang wanita bersama dengan seorang lelaki, tidak dikenalpasti status mereka berdua, mungkin pasangan kekasih atau suami isteri, kerana mereka nampak agak mesra.

Agak acap kali juga aku melihat gelagat mereka, kerana gelagat mereka agak menarik perhatian orang disekeliling mereka. Tidak lama kemudian, mereka menghampiri diriku untuk melihat sesuatu yang tertampal didinding di tempat aku berdiri. Aku mula menjarakkan diri dari mereka. Baru aku tersedar, rupa-rupanya mereka bukanlah bangsa melayu tetapi bangsa lain. Aku mendengar loghat percakapan mereka seperti bahasa korea.

Mak cik berhampiranku masih lagi bercakap-cakap denganku. Bosan barangkali menunggu train. Aku hanya melayani percakapannya. Tidak lama selepas itu, pasangan berbangsa korea itu mula menunjukkan kelakuan yang aku fikir kurang sopan dikhalayak ramai. Aku mula malu memandang mereka didepanku lantas menoleh ke arah lain. Mak cik disebelahku juga sempat mencebikkan mukanya kepadaku sebagai mencemuh kelakuan mereka itu.

Aku mula berfikir, tidak malukah mereka berbuat demikian didepan khalayak ramai? Tidak malukah mereka terhadap bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain? Rasa juga mahu menegur ‘excuse me..bla bla bla..’ tapi perasaan takut mengatasi segalanya. Duhai hati, lemahnya imanmu. Mungkin sendirian barangkali jadi terasa semacam tidak berdaya untuk mencegahnya. Bukan setakat bangsa korea ini (aku fikir bangsa Korea) sahaja yang berkelakuan begini, tidak jauh daripadaku juga kelihatan sepasang pasangan (keliru statusnya samada pasangan kekasih @ suami isteri) kelihatan duduk berdua-duaan.


*********************


Tidak lama kemudian, train pun sampai. Aku bergegas membawa beg yang agak berat untuk menaiki train. Terasa aku seperti rusa masuk kampung, kehairanan sekali mencari-cari tempat duduk beserta dengan beg yang berat. Aku menjumpai tempat dudukku, kelihatan seorang wanita Cina dengan begnya yang agak banyak duduk disebelah seat aku. Dia menawarkan pertolongan kepadaku untuk meletakkan beg di bahagian atas. Aku hanya akur sahaja sambil mengucapkan terima kasih.

Penat dan letih menyebabkan aku tertidur sebaik sahaja naik train ini. Lebih kurang sejam juga aku terlelap dalam train. Sebaik sahaja terbangun dari tidur, aku melihat ke tepi tingkap. Hanya pokok-pokok sahaja kelihatan berselang-seli dengan kawasan yang gelap. Tiba-tiba, wanita Cina ditepiku membuka satu folio untuk membacanya. Kemudian dia menceritakanku bahawa folio itu kepunyaan anaknya yang sedang membuat kajian tentang genetics.

Aku menjadi agak berminat dengan kajian itu setelah dia meminta izin untuk melihat cap jariku. Aku hanya membenarkan sahaja. Suka-suka untuk tahu walaupun dia berkata bahawa kebanyakannya kajian ini adalah betul. Dia menambah lagi bahawa kajian itu amat berguna kerana ibu bapa juga dapat mengetahui talent anak-anak mereka samada mereka cenderung kepada art, music, science atau sebagainya. Interesting. Aku terfikir dalam hati. Tapi jauh dari sudut hatiku, kepercayaan kepada Allah itu adalah lebih penting. Itu hanyalah andaian semata-mata dari manusia.

Dia menceritakan kepadaku bahawa cap jariku adalah bercorak ‘double whorl’. Bermaksud aku mempunyai banyak target dalam hidupku, dan aku akan plan untuk mencapai target itu. Kemudian aku akan bekerja seperti yang diplankan itu. Dan aku adalah seorang yang creative thinking, extrovert. Aku berfikir, ada juga yang betul dengan sikapku. Aku hanya tersenyum-senyum. Mungkin betul, mungkin tidak. Lantas aku berfikir tentang masalah yang melanda diriku sejak akhir-akhir ini. Aku mula menyalahkan diriku, kerana tidak yakin akan diri sendiri untuk bersuara.

Tidak lama kemudian, train akan berhenti di satu stesen. Aku mula gelabah kerana aku sangkakan train itu sudah sampai ke Kampar. Aku juga melihat di kaca tv itu tertulis ‘next station: Kampar’. Lantas aku bergegas ke muka pintu untuk keluar. Aku juga bertanyakan kepada wanita Cina itu. Dia pun mengiakan sahaja. Banyak lagi sebenarnya aku ingin bertanya kepada wanita Cina itu, tapi kerana train telah sampai ke Kampar, terpaksalah aku berpisah di sini saja. Aku berterima kasih dengannya kerana menolongku dan memberitahu bahawa it’s interesting to know about the genetics.

***************


Semasa dalam perjalanan keluar, hatiku berdebar-debar samada tempat itu adalah Kampar atau sebaliknya. Tiba-tiba aku melihat papan tanda Tanjung Malim. Arrghh..aku frust.tension. semua perasaanku berbaur. Ditambah dengan masalah aku yang bertimbun-timbun. Tiba-tiba, satu masalah lagi timbul. Habislah aku dileteri oleh keluargaku nanti fikirku sendirian.

Aku ke kaunter tiket train dan menanyakan waktu train ke Kampar. Dia memberitahu pada pukul 10 nanti barulah ada train ke Kampar. Menitis air mataku mendengarkan pernyataan itu. Seperti lelaki di counter itu dapat membaca resah gelisahku kerana dia kelihatan begitu prihatin terhadapku. Ya Allah tolonglah hambaMu ini. Dua jam lagi aku harus menunggu di situ ditambah lagi dengan suasananya yang sunyi sepi tanpa ada kedai atau orang yang ramai di situ. Orang yang sangat-sangat sedikit. Seperti biasa aku menerima panggilan telefon berkali-kali dari kakakku namun aku memberitahu bahawa telefonku sudah nyawa-nyawa ikan baterinya, takut-takut nanti tidak dapat dihubungi setelah sampai di Kampar nanti.

Aku duduk dibangku berhampiran dengan sepasang suami isteri berbangsa India. Dia menyapa aku. Mungkin melihat resah di wajahku. Aku duduk disitu menunggu train yang seterusnya selain dekat dengan pasangan itu,takut-takut sesuatu akan berlaku kepadaku jika aku duduk berjauhan dari mereka memandangkan kelihatan sangat sedikit orang di situ. Tambahan lagi yang ada hanyalah pasangan remaja yang dating di situ, maklumlah suasana di situ agak romantik dengan deru-deru angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Ya Allah, terasa sangat asing diriku berada di situ. Sehinggakan terbit suatu perasaan dalam diriku,’kolot sangatkah kalau tiada boyfriend?satu keperluankah pada zaman ini?’

Aku hanya mahu cinta yang diredhai-Nya. Ya, itu prinsipku! Buat masa ini, biarlah diri ini dipenuhi dengan usaha meraih cinta dari-Mu, moga suatu hari nanti aku mendapat cinta insan yang melabuhkan cintanya kepada-Mu..ameen.

Sedihnya tidak terhingga apabila memikirkan masalah yang datang bertimpa-timpa. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana resah hatiku ketika itu. Meraup wajah dengan tangisan yang amat memilukan. Ya Allah, aku tahu Engkau sedang menguji keimananku.


Firman Allah di dalam Al-Qur'an yang bermaksud:

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Al Ankabut:2.



Ya, aku pasti mampu menghadapi ujian ini.



Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Al Baqarah:286.

Aku bersendirian di satu sudut berhampiran pasangan india itu. Bermuhasabah diri. Memikirkan semula segala apa yang menimpa diriku diwaktu itu. Serasakan seperti tidak pernah mendapat masalah yang bertimpa-timpa sebegini rupa sebelum ini. Ya Allah, bantu aku Ya Allah. HambaMu ini penuh dosa dan khilaf.


*******************


Dalam hidup ini, kita perlu bertindak dengan bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Kita mesti berfikir sedalam-dalamnya dengan rasional tanpa dikuasai hawa nafsu semata-mata apakah akibatnya dengan keputusan yang bakal kita ambil nanti. Dan kita juga harus melihat pandangan yang dikemukakan oleh orang lain. Mengambil kira pendapat mereka kerana mungkin ada benarnya pandangan mereka itu. Dan kita juga semestinya memerlukan keyakinan diri dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang mendatangi kita supaya kita dapat mengatasinya dengan cara yang lebih bijak!

Mungkin ada hikmah yang tersirat yang diaturkan oleh Yang Maha Esa. Sungguh cantik aturan-Nya untuk kehidupan hamba-hamba-Nya. Kita hanya boleh merancang, Dia jua yang menentukan-Nya.


Ya Allah, sungguh indah dugaan yang ku tempuhi. Sekarang baru ku rasakan nikmat-Nya. Dugaan ini mematangkan diri. Akanku cuba untuk bertindak lebih matang dimasa akan datang. InsyaAllah.

KU DAMBA KASIH ILAHI

03 March, 2011

COOKING?? IS NOT EASY AS ABC


Assalamualaikum..
semoga sahabat2 semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat..

'COOKING, IS NOT EASY AS ABC'

do you agree with me?..

dilahirkan sebagai seorang perempuan, sememangnya kita tidak dapat tidak MESTI belajar memasak drpd ibu..apatah lagi umur semakin meningkat, dan sememangnya tanggungjwb utk mnyediakan mkanan utk keluarga terletak di atas bahu kita.

dilahirkan sebagai seorang anak perempuan yang bongsu, tambahan lagi sejak dari tingkatan 1 sudah mnjejkkan kaki ke sekolah berasrama penuh, mmbuatkan diri ini masih lagi bertatih utk memasak..

tidak pernah menyangka, akan tiba suatu keadaan dimana, diri ini memang perlu memasak utk keluarga..sekarang sedang bermastautin di Kampar, Perak, menemani kakak yang sedang sarat mengandung 9 bln & ayah yg menemani kakak disini, mnyebabkan diri ini terpaksa 'buat2 pandai memasak'..=)

Alhamdulillah, hari ini sudah dpt mnyediakan masakan tumis ayam, agak pedas rasanya..tp BEST!!!LIKE=)hahaha(perasan)

ex-roomateku pernh berkata 'cuti pjg ni, nk mantapkan kemahiran memasak'
terngiang2 di telingaku suara itu..itu level dia.perkataan 'mantap' itu sudah terg2an mnunjukkan dia sudah pandai bab2 memasak, cuma ingin 'MEMANTOPKAN' je lg skill itu..

Aku?? dimanakah levelku? bertatih? merangkak? berjalan? berlari? @ pecut? hahaha

"YOU CAN DO IT BETTER ONE DAY"

entah mngapa ayt itu seakan2 terngiang2 di telinga ini semasa memasak td..

BUKTIKAN, BUKTIKAN, BUKTIKAN..

YOU CAN DO IT!!!

من جدّ وجد ومن زرع حصد

sesiapa yang berusaha, dia berjaya
sesiapa yang menanam, dia yg akan menuai

lama2 nnti boleh buat punye..cayalah..

dulu pernah bergurau dgn kakak semasa cuti semester
'ala, senang je masak ni...lempar2 je brg2 kat dlm kuali..lgpun bukn masanya lg utk masak..'
hhaha..rasakan..satu pernyataan berupa alasan

it's ok, I WILL TRY MY BEST..yeah..

KU DAMBA KASIH ILAHI

01 March, 2011

sebiru hari ini