KATA-KATA "SANG MURABBI" KH RAHMAT ABDULLAH Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan … Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan … Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan … Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan … Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan obyekan…. Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan … Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini … Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan… Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian … Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos yang cukup2 dan peta tak jelas … Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah … Aku rindu zaman ketika pergi liqo selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan … Aku rindu zaman ketika binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo … Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya … Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya … Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya … Aku rindu zaman itu … Ya Rabb … Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami … Ya Rabb … Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini … ::::: alangkah indahnya bicara ini.. hargailah masa di bumi tarbiyyah ini. insyaAllah =)
22 April, 2013
08 April, 2013
First time buat HEARING SCREENING
Assalamualaikum. Alhamdulillah, lega rasanya dah selesai buat hearing screening kat budak2 TADIKA BISTARI ILMU.alhamdulillah, banyak benda yang dapat aku ambil dari SCREENING ini. first time buat rasa macam nak tercabut jugak jantung. nasib baik supervisor kami baik.hehe.. Kadang2 rasa macam enjoy juga jadi audiologist student ni, walaupun kadang2 rasa stress sangat dengan esaimen, exam etc. But remember in mind, LIFE NEVER GETS EASY! =) EVERYTHING WE MUST FACE WITH AN OPEN HEART AND POSITIVE THINKING! And every path has its puddle. ingt tu! mana ada yang senang di dunia ni. berakit2 ke hulu, berenang2 kemudian. bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. semoga ada ganjaran yang kami peroleh darinya hasil dari ujian screening pendengaran yang kami lakukan, INSYAALLAH =) MOGA2 ALLAH MELIHAT USAHA KAMI DALAM MEMBANTU ANAK2 KECIL INI DALAM MEMELIHARA ORGAN PENDENGARAN MEREKA YANG JUGA SALAH SATU PANCAINDERA YANG DAPAT MEREKA MENCARI KEBESARAN ALLAH DARINYA. SUBHANALLAH. BANTULAH KAMI, YA ALLAH! KU DAMBA KASIH ILAHI~
Posted by Powerpuff gurl at 3:09 AM 0 comments
28 January, 2012
Tahun Baru 2012
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ini jari jemari ini terasa ingin menari2 di atas keyboard. Disebabkan terlalulah lama saya tidak mengupdate blog ini, hinggakan berdebu dan semak samun tumbuh meliar disana sini. Tak tahu kenapa laptop ini tak dapat connect internet di mahallah, oleh sebab itu agak sukar untuk saya mengupdate sebarang maklumat di blog ini. huhu
Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga tahun 2012 ini membawa seribu satu makna buat mengejar mardhatillah (redha Allah).
Kebiasaannya, tahun baru amat berkait rapat dengan azam. Setiap kali masuk tahun baru, setiap orang akan mula berazam “tahun ni aku nak.....”. Beginilah lebih kurang dialognya. Namun ada juga sesetengah orang yang bagi mereka setiap hari mereka memperbaharui azam mereka. Ini lebih baik bukan? Takkanlah nak tunggu masuk tahun baru, barulah nak berazam. Kalau azam tak menjadi bukan ke payah jugak tu?hehe
GREAT! Get Really Excited About Today! Acronim ini saya dapat dari brother Imran Koyube, founder ILUVISLAM. He is very adorable person and I was quite excited to meet with him. Beliau memberi ucapan sempena awal muharam di universiti saya yang bertajuk HIJRAH. Antara point2 yang dapat saya kutip adalah, kita mesti setkan target untuk berhijrah, kita perlukan momentum yang besar untuk berhijrah, mesti ada keyakinan yang tinggi, a skill, a process, and we must keep learning. Apabila berhadapan masalah, mestilah kita focus kepada cara penyelesaiannya, bukannya masalah.
Kalau dalam Islam ada hadith mengatakan “ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Na’uzubillah. Sama2 kita muhasabah. Sebagai seorang manusia, value kita bukanlah sekadar seorang manusia. Allah telah menciptakan kita tak ternilai harganya.
Suka untuk saya berkongsi di sini satu mutiara yang sangat berharga yang saya dapat apabila menonton cerita animasi ‘Kung Fu Panda’. Pasti dah tengok kan? Terkesan dengan kata2 sifu(tikus kecil) kepada Panda. “ YOU HAVE SOMETHING THAT THE OTHERS DON’T HAVE IT”. Amazing right? Hikmah itu kepunyaan orang mukmin. Dimana2 pun dia terjumpa, dialah yang paling layak untuk mengambilnya.
Semoga dapat manfaat^___^
~KU DAMBA KASIH ILAHI~
Posted by Powerpuff gurl at 1:41 AM 0 comments
Labels: azam tahun baru
05 September, 2011
~Aku ingin kita kuat dalam perjuangan ini~
Isnin 5 September 2011 10:54 am
Semester akan bermula. Terasa janggal untuk masuk belajar balik. Tapi apakan daya, itu adalah satu tanggungjawab yang cukup besar perlu digalas oleh seorang anak yang berumur 20 tahun. Pastinya ada rasa cuak, muram, homesick untuk memulakan semester pertama di main camp, apatah lagi selama berbulan-bulan ‘honeymoon’ di rumah tanpa mentelaah pelajaran.
Namun disini, aku ingin mencoretkan sedikit pesan, buat kamu, dia dan aku. Buat menyuntik semangat sebelum berjuang di medan kampus utama.
Setelah dikaji serba sedikit setelah 2 tahun bertapa di cfs, aku menjumpai formula utama yang paling penting untuk diamalkan adalah FOKUS ketika kuliah, kerana fokus itu sangat penting untuk menerima pelajaran yang diajar oleh lecturer. Seperti dinyatakan dalam surah Al- Mukminun, ayat 1-11
1) Sungguh beruntung orang-orang yang beriman
2) (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya
3) Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan & perkataan) yang tidak berguna
4) Dan orang yang menunaikan zakat
5) Dan orang yang memelihara kemaluannya
6) Kecuali terhadap isteri-isteri mereka @ hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela
7) Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina & sebagainya) maka mereka itulah orang yang melampaui batas
8) Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya
9) Serta orang yang memelihara salatnya
10) Mereka itulah yang akan mewarisi
11) (yakni) yang akan mewarisi (syurga) firdaus. Mereka kekal didalamnya
Sungguh beruntung orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.
Concentrate dalam satu-satu pekerjaan yang dilakukan (fokus), tidur yang cukup, preparation sebelum & selepas kuliah- baca sebelum kuliah bermula & buat note selepas kuliah. study consistently.
Satu perenggan kata-kata yang ditulis oleh ustaz Fathi Yakan dalam bukunya apa ertinya saya menganut Islam
“apakah yang kita harapkan daripada seorang yang menganut ajaran Islam selain daripada mengharapkan beliau kuat dalam semua perkara. Kata-kata yang menjadi slogannya ialah ‘kekuatan dalam semua bidang’. Oleh itu, Ikhwan Muslimin mestilah menjadi orang-orang yang kuat dan mereka mestilah bekerja dengan kekuatan dan dalam kekuatan.”
Sabda Rasulullah S.A.W: “Kamu berada di satu penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, oleh itu janganlah (kamu biarkan Islam) diserang daripada penjurumu.”
Setiap orang harus menekuni dan menguasai satu bidang tertentu~ As-syahid Imam Hassan Al-banna
As-syahid Imam Hassan Al-banna pernah berkata “Jika engkau melihat seorang mukmin yang benar orientasi hidupnya, pasti ia juga memiliki banyak faktor kejayaan dalam hidupnya”
Seorang mukmin itu pasti punya upaya untuk berjaya dalam hidupnya kerana dia memiliki banyak faktor. Antara yang utama ialah kerana dia memiliki Allah dalam hidupnya untuk menolongnya dalam apa jua yang dilakukan.
Oleh itu, mahu tidak mahu, kita sebagai seorang mukmin wajib punyai sifat itqan (tekun) dalam apa jua yang dilakukan. Jadi, apa-apa pun, DO YOUR BEST!
Yakinlah dengan Allah S.W.T.
~Faiza azamta fatawakkal ‘alallah~ (Al-Imran: 159)
~LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA~
KU DAMBA KASIH ILAHI
Posted by Powerpuff gurl at 12:59 AM 0 comments
Labels: Hassan al-Banna, perjuangan, semester baru
19 July, 2011
Hari itu dalam sejarah
Assalamualaikum..
Hari itu dalam sejarah! Pada tanggal 9 Julai 2011, Malaysia sekali lagi telah mencipta sejarah dengan berlakunya perhimpunan BERSIH 2.0 di kawasan sekitar ibu negara. Pastinya 2 3 tahun selepas ini, akan tercatatnya peristiwa ini dalam buku teks sejarah supaya semua rakyat Malaysia dapat mengambil pengajaran daripada peistiwa tersebut. Sama- sama kita nantikan ulasannya.
Apabila mendengar berita-berita di televisyen saban hari dan membaca berita di akhbar-akhbar, kebanyakannya melabelkan perhimpunan Bersih 2.0 ini sebagai Perhimpunan Haram. Sebut sahaja HARAM, sudah pasti pelbagai persepsi yang akan timbul di dalam fikiran rakyat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sedikit sahaja sumber berita iaitu televisyen (tv1,tv2, tv3 dll)dan akhbar-akhbar. Ini kerana mempunyai sumber berita yang sedikit ini dibimbangi berita yang diterima tidak benar dan telus, mungkin ada biasnya. Adalah penting untuk rakyat Malaysia untuk menyelidiki sesuatu berita yang diterima itu supaya kita tidak mudah tertipu dengan perkara yang telah disampaikan.
Sudah pasti rakyat akan melabelkan perhimpunan ini sebagai satu protes kepada kerajaan, satu rusuhan besar-besaran atau satu tragedi yang hanya merugikan mereka-mereka yang ingin menyertainya.
Tahukah anda apa tujuan perhimpunan BERSIH itu? Tahukah anda apa tuntutannya?
Sebaiknya anda mengkaji semua itu, supaya kita dapat berfikir apa rasionalnya sesuatu perhimpunan itu diadakan. Tidak hairankah anda, apabila melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang turun ke himpunan itu? mengapa kita tidak termasuk dalam kalangan mereka? Adakah mereka saja-saja berhimpun tanpa mengetahui apa sebenarnya tujuan perbuatan mereka itu? atau adakah kerana kita yang menjadi "katak di bawah tempurung"? hanya berada dalam dunia kita tanpa memikirkan apa yang terjadi di sekeliling kita? asalkan periuk nasi kita selamat, itu sudah cukup baik untuk kita.
Kenapa mereka itu sanggup turun beramai-ramai? punyai kekuatan untuk bersatu hati, meredah hujan yang turun dengan lebat, mengharungi halangan polis walaupun hakikatnya mereka berhimpun secara aman namun mereka dikasari oleh pihak lain.
YOU CAN THINK OF IT!
Apa status kita untuk menghukum perhimpunan itu sebagai HARAM? Adakah kita ini seorang ulama, mampu untuk mengistinbad hukum sesuatu perkara? Ada baca cerita tentang HILFUL FUDHUL? Klik di sini dan di sini untuk maklumat lanjut.
KU DAMBA KASIH ILAHI
Posted by Powerpuff gurl at 3:39 AM 0 comments
Labels: bersih, hari itu dalam sejarah, Hilful Fudhul
07 July, 2011
Qasidah Burdah (new) Mawlaya Salli Wa Sallim - قصیدة البردة
JOM SELAWAT!!
Posted by Powerpuff gurl at 9:21 AM 0 comments
Labels: rindu Rasulullah SAW, selawat
Keajaiban kalimah ALLAH S.W.T
Assalamualaikum.
Entri kali ini hanyalah sekadar untuk berkongsi satu keajaiban yang dijumpai di blog orang lain..hehe=)
ILUSI PENGLIHATAN: Cuba lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di bawah selama 10 saat. Kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran.
Pasti anda dapat melihat kalimah tersebut di dinding itu bukan??
Subhanallah, bersyukurlah dengan kurniaan sepasang mata yang hebat fungsinya ini. Dan gunakanlah nikmat yang dipinjamkan ini sebaik mungkin sebelum Dia mengambilnya kembali. Hakikatnya kita sebagai seorang manusia tiada apa-apa melainkan semuanya pinjaman dari Allah S.W.T.
sumber:http://tarbiahgeneration96.blogspot.com/2011/04/subhanallah-cuba-try-sahabat2ku.html#comments
Posted by Powerpuff gurl at 7:59 AM 0 comments
Labels: keagungan-Mu