BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Hassan al-Banna. Show all posts
Showing posts with label Hassan al-Banna. Show all posts

05 September, 2011

~Aku ingin kita kuat dalam perjuangan ini~

Isnin 5 September 2011 10:54 am

Semester akan bermula. Terasa janggal untuk masuk belajar balik. Tapi apakan daya, itu adalah satu tanggungjawab yang cukup besar perlu digalas oleh seorang anak yang berumur 20 tahun. Pastinya ada rasa cuak, muram, homesick untuk memulakan semester pertama di main camp, apatah lagi selama berbulan-bulan ‘honeymoon’ di rumah tanpa mentelaah pelajaran.

Namun disini, aku ingin mencoretkan sedikit pesan, buat kamu, dia dan aku. Buat menyuntik semangat sebelum berjuang di medan kampus utama.

Setelah dikaji serba sedikit setelah 2 tahun bertapa di cfs, aku menjumpai formula utama yang paling penting untuk diamalkan adalah FOKUS ketika kuliah, kerana fokus itu sangat penting untuk menerima pelajaran yang diajar oleh lecturer. Seperti dinyatakan dalam surah Al- Mukminun, ayat 1-11

1) Sungguh beruntung orang-orang yang beriman
2) (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya
3) Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan & perkataan) yang tidak berguna
4) Dan orang yang menunaikan zakat
5) Dan orang yang memelihara kemaluannya
6) Kecuali terhadap isteri-isteri mereka @ hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela
7) Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina & sebagainya) maka mereka itulah orang yang melampaui batas
8) Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya
9) Serta orang yang memelihara salatnya
10) Mereka itulah yang akan mewarisi
11) (yakni) yang akan mewarisi (syurga) firdaus. Mereka kekal didalamnya

Sungguh beruntung orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.
Concentrate dalam satu-satu pekerjaan yang dilakukan (fokus), tidur yang cukup, preparation sebelum & selepas kuliah- baca sebelum kuliah bermula & buat note selepas kuliah. study consistently.

Satu perenggan kata-kata yang ditulis oleh ustaz Fathi Yakan dalam bukunya apa ertinya saya menganut Islam

“apakah yang kita harapkan daripada seorang yang menganut ajaran Islam selain daripada mengharapkan beliau kuat dalam semua perkara. Kata-kata yang menjadi slogannya ialah ‘kekuatan dalam semua bidang’. Oleh itu, Ikhwan Muslimin mestilah menjadi orang-orang yang kuat dan mereka mestilah bekerja dengan kekuatan dan dalam kekuatan.”


Sabda Rasulullah S.A.W: “Kamu berada di satu penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, oleh itu janganlah (kamu biarkan Islam) diserang daripada penjurumu.”

Setiap orang harus menekuni dan menguasai satu bidang tertentu~ As-syahid Imam Hassan Al-banna

As-syahid Imam Hassan Al-banna pernah berkata “Jika engkau melihat seorang mukmin yang benar orientasi hidupnya, pasti ia juga memiliki banyak faktor kejayaan dalam hidupnya”

Seorang mukmin itu pasti punya upaya untuk berjaya dalam hidupnya kerana dia memiliki banyak faktor. Antara yang utama ialah kerana dia memiliki Allah dalam hidupnya untuk menolongnya dalam apa jua yang dilakukan.

Oleh itu, mahu tidak mahu, kita sebagai seorang mukmin wajib punyai sifat itqan (tekun) dalam apa jua yang dilakukan. Jadi, apa-apa pun, DO YOUR BEST!




Yakinlah dengan Allah S.W.T.
~Faiza azamta fatawakkal ‘alallah~ (Al-Imran: 159)

~LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA~

KU DAMBA KASIH ILAHI

31 May, 2011

There was a BIG ship called...

Tribute to my roomates, Nurul Ilyana Jusoh and Khadilla Ismail...

Thank you very much for having short sem with me. You have made it's worth for me to spend it although we are always in hungry..huhu

Although it’s hard for me to go for it. (first time masuk pintu pagar pukul 5 AM dah wat hal ngan pak guard)

But your presence had changed it wholely. It’s a lot of sweet memories we had together although it’s only a little time. Spending time happily together, travelling to find a little knowledge, seeking for advices from Ustaz Muhadir, solving problems together and many more.
But our last moment was unexpected. Finding for food, light, internet, and many more. Huhu.. but, it’s ok!

Itu namanya tarbiah sebelum masuk ke kampus utama kita.hehehe

Terima kasih kerana menanamkan suasana bi’ah solehah dalam kehidupan kita bertiga!! Ibadah yang semakin bertambah, perbincangan yang sugguh bermanfaat buat kita semua-perkongsian lecture daripada lecturer masing2 yang pastinya mempunyai pelbagai bentuk pandangan dan buah fikiran, menambah banyak pengetahuan dalam diri kita supaya menjadi seorang yang berguna untuk ibu bapa, keluarga, agama, masyarakat, dan negara. 214 A and 110 A itu menjadi saksi kematangan kita bersama-sama melayari bahtera kehidupan yang penuh onak dan duri ini.

“You have a good mind. Your mind is such a very brilliant. MasyaAllah..Subhanallah.. and you live in such a peaceful country..why don’t you take only a little effort to memorize Quran”

Terkesan dengan kata2 yg disampaikan oleh seorang lecturer roomateku, Dr Abbas. Hope it can motivate us to go for it!!

Short sem yg sinonim dengan banyak masa yang terluang dihabiskan dengan banyak pembacaan buku2 yg berfaedah dan sangat menarik. Sebagai contoh buku2 yang telah dibaca adalah 100 tahun memperingati Imam Hassan al-Banna, cinta di rumah Hassan al-Banna, dll. Dengar kata, wanita yg belum berkahwin xboleh membaca buku tersebut (Cinta di rumah Hassan al-Banna), dikhuatiri sesuatu kemudharatan akan berlaku.haha. Tetapi, apabila sudah berada didepan mata, lain pula jadinya.hehe..(nantikan rumusan buku tersebut pd post akan datang..hehehe)

Mulalah setiap helaian buku tersebut dibelek2 berulang2 kali, dipenuhi lamunan, angan2 dan cita2 untuk mencontohi Imam Hassan al-Banna. Dan seterusnya mengharapkan seorang yang berperwatakan seperti Imam Hassan al-Banna juga. Jauh lamunannya melayang2.. Mengharapkan seorang seperti as-syahid seharusnya diri itu harus mencontohi wanita yang berada di belakang as-syahid. hehe. Pembacaan buku ini menjadi titik tolak kpd kita, utk menanam pelbagai impian, berusaha ke arah menjdi seorang yg hebat, sehebat seorang wanita yg berada di belakang as-syahid Imam Hassan al-banna. Allahummaamiin..





Ya!!memang kita tahu, impian itu terlalulah tinggi, jauh, semacam sgtlah impossible. But it’s still realistik..xsalah andainya memasang cita2 seperti itu,..dan berusaha kearah itu, biarpun tidak seratus peratus menjadi nyata, tp sekurang2nya ada usaha yang dipulun untuk meraih impian itu.ku harapkan kita istiqamah di jalan ini..amiin..


kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Al-Imran: 159)


kata2 Saidina Umar ra "belajarlah seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan
beribadahlah seolah2 kamu akan mati esok hari"

Kita punya banyak impian dlm hidup ini,,
seolah2 kita ditakdirkan hidup 1000 tahun lagi..
Hngga menjdikan kita punya semangat yg berkobar2 untk mncpainya.,

pelbagai rancangan tlh diatur,,tinggal shj utk kita melaksanakannya.
Do our best k!!^__~

Dlm hidup ini, kdg2 kita merasakan kita sudah sibuk bt byk perkara,,mnjalankan tugas kita,,menunaikan tanggungjawab kita..
Kita xsedar..rupanya kita hanyut dlm khayalan kita sendiri..dlm dunia kita..
Tp sebenarnya apabila kita tersedar dr lamunan itu,, brulah kita mnyedari..rupe2nya byk lg perkara yg belum kita tunaikan..
Disitu, taggungjwab berada diatas bahu kita..

2 be a better person in this life,, it’s not juz spoken at our lips,,but its proven to our effort towards it..its become true when we keep struggling towards it..



There was a BIG ship in this world called TITANIC..
But the BEST ship in this world is OUR FRIENDSHIP..



KU PERSEMBAHKAN LAGU INI KHAS BUATMU TEMAN..



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...


"Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya.."

KU DAMBA KASIH ILAHI