15 January, 2011
2 dekad sudah!!!!
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga ke hari ini, aku masih dapat menghirup udara yang segar di atas muka bumi ini...
sungguh tidak disangka, pada pukul 1.00 AM tadi, genaplah sudah umurku, 20 TAHUN..TERIMA KASIH KEPADA IBU & BAPAKU, krn byk bersbr melayan karenah anakmu yg nakal ini..keranamu aku dapat hidup di muka bumi ini..krnmu aku berada di Pusat Asasi UIA PJ ini..
Satu jangka masa yang agak lama,...tapi seakan sudah banyak liku2 hidup yg telah dilalui..
sejak dari kecil, sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sehinggalah ke pusat Asasi UIA ini..
sungguh pengalaman hidup itu mendewasakanku, sejak dari kecil, dibesarkan oleh ibu bapa, bermain siang dan malam tanpa mengenal apa itu erti hidup di dunia fana ini..sudah bermacam2 liku2 hidup ini telah ditempuhi, namun segala itu adalah kehidupan yang mesti dilalui oleh seorang insan bernama manusia...
hidup ini seperti roda, ada masa diatas, ada masa dibawah. kita selalu mengharapkan ksenangan dlm hidup ini, namun kita msti sedar, sblum mncapai kesenangan itu, ia mesti dimulai dgn kesusahan..ibarat pepatah melayu ada mngatakan, berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian..bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian..semakin hari, umurku semakin meningkat, dan semakin banyak perkra yg telah dipelajari..
even untuk mndapat syurga Allah itu juga disertai dengan kesusahan, teringat talk yg diadakan malam semalam oleh Ustaz Zamri, talk tentang 'Antara cita, cinta & amanah'..cuba kita renung balik, terlalu banyak perkara yg kita lakukan untuk kehidupan dunia, blajar bersggh2 utk berjya dlm exam. tuto, quiz, assgnment n sbgainya..tp apa yg telah dilakukan utk khidupan akhirat?solat? zikir?solat dhuha?..istiqamah ke kita untuk lakukan zikir, solat dhuha?cuba fikirkan berapa banyak masa yg diambil utk mngejar khdupan dunia berbnding khidupan akhirat?xmustahil bukan kita mngambil msa yg lbih lama utk mngjar dunia berbnding akhirat? klau ditmbah tolak, didarab bhgi oleh ustaz zamri pd mse cramah itu, kita hnya mngambil msa 2thun utk solat shj(jka hnya amalan solat yg dlakukan utk akhirat) spjg kita hidup didunia ini(maksimum 60-70 tahun umur umat Nabi Muhammad SAW)..Bygkan, KITA NAK BELI SYURGA ALLAH YG MAHAL ITU DGN 2 TAHUN SHJ MASA UTK BERIBADAH SPJG HIDUP DI DUNIA INI?..Layak ke kita dapat syurga Allah yg mahal tu?
Imam Al-Ghazali ada berkata: menuntut ilmu itu adalah TAQWA, menyampaikan ilmu itu adalah IBADAH, mengulang ilmu adalah ZIKIR, mencari ilmu adalah JIHAD..
Dengan ilmu, aku mengenal segalanya, dengan ilmu juga, aku tahu apa tujuan aku hidup di dunia ini..iaitu..sebagai hamba ALLAH, sebagai khalifah di muka bumi ini, dan untuk menjalankan amanah yg telh diprtanggungjwabkan ke atasku...jika disenaraikan, terlalu byak tggungjawab yg tdk terlaksana olehku..Assyahid Imam Hassan ALBanna ada berpesan: kewajipan hidup lebih byk drpd waktu yg ada. jd tolonglah org lain utk memanfaatkn waktunya..jka anda mmpnyai urusan yg lbih pnting, maka segerakanlah ia..
Ibnu Mas'ud berkata: 'perkara yg plg sedih bila tiba tahun baru adalah umurku bertambah, tapi amalanku tak bertambah'
Amalan, memang susah untuk dimulakan..tetapi amal yg dimulai dgn sedikit2..tetapi istiqamah, lebih disukai oleh Allah..Allahummazurzuqnal istiqamah..Ya Allah, kurniakan kami istiqamah dlm beramal.......
terima kasih Tuhan kerana masih lagi memberikan aku nyawa, hingga umurku mencecah 20 tahun,
terima kasih Tuhan, keranaMu jantungku masih berdenyut hingga ke hari ini
terima kasih Tuhan, keranaMu aku masih dapat menikmati rezeki yang kau limpahkan kepadaku
terima kasih Tuhan, kerana masih memberi peluang kepadaku untuk bertaubat
setelah banyak dosa yang telah aku lakukan
setelah banyak masa yg aku habiskan tnpa mengingatiMu
setelah banyak perkara yg aku lakukan tanpa mendahuluiMu
terima kasih Ya Tuhan atas segala2nya
walau aku tahu, ucapan terima kasih ini tak setanding dengan nikmat yg telah Kau berikan padaku
KU DAMBA KASIH ILAHI
Posted by Powerpuff gurl at 6:07 AM
Labels: dimamah usia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment