BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

27 February, 2010

Kenapa AsAsI uIa??


Kenapa pilih Asasi UIA??kenapa tidak stay je kat matrik tu??
Itulah soalan yang kerap kali ditanyakan kepadaku. Jenuh aku menjawabnya.

Ceritanya bermula di sini. Selepas diumumkan keputusan upu untuk para pelajar lepasan spm 08, aku terkejut kerana aku tidak mendapat tempat di IPTA. Sudah beberapa kali aku menyemak, tetapi hasilnya tetap sama. Kawan-kawanku yang lain sibuk bertanya, "ko dapat sambung katne?...etc" Dan aku hanya tersenyum kelat sambil menjawab aku tidak mendapat tawaran ke mana-mana IPTA. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu, sedih, menyesal, terkilan dan banyak lagi. Menyesal tu of courselah sebab tak usaha sungguh-sungguh untuk SPM sejak dari Form 4 lagi. Huhu.. Lama-kelamaan aku menerimanya jua dengan hati yang redha. Mungkai Dia merancang yang terbaik untukku. Kawan-kawanku juga pelik dengan keadaanku kerana bagi mereka keputusan aku itu agak baik dan hampir sama saje dengan mereka, tapi aku tak mendapat tawaran ke IPTA. Lalu muncullah kawanku yang sudi menolongku, untuk membuat rayuan ke IPTA. Aku dengan semangat membuat rayuan ke Asasi UM, kerana bagiku, universiti itu adalah yang paling tertua, dan pastilah sistem pengajarannya bagus serta prasarananya lengkap. Dan kawanku itu menolong aku untuk membuat rayuan ke Asasi UIA.

Memandangkan aku tidak mendapat tawaran ke IPTA, aku bercadang untuk melanjutkan pelajaran di Matrik sahaja. Untuk menunggu keputusan rayuan itu, sebaiknya aku menyambung dahulu pelajaranku di matrik. Silap haribulan, yang dikejar xdpt, yg dikendong berciciran. Tambahan pula itu sahaja tawaran yang aku dapat, dan ramai juga kawanku yang lain yang mahu belajar disana. Jadi tidaklah aku terkapai-kapai seorang diri di nogori orang.

Setibanya tarikh untuk mendaftarkan diri di matrik, aku dihantar oleh ayahku, abangku dan seorang kakakku. Aku mendapat 3 orang roomate dan salah seorang dari mereka adalah berbangsa cina. Seorang dari Johor, seorang lagi dari Kelate, dan yang berbangsa cina itu datang dari Penag. Semuanya berbeza aliran dariku.. Urmmm.. nampaknya aku perlu berhijrahlah untuk buat studygroup..huhu. Bilik di Matrik sangat luas dan selesa, aku sangat gembira apabila melihat suasana itu sehinggakan aku memberitahu abangku bahawa aku ingin stay di matrik saje tambahan lagi aku tidak suka memikirkan sesuatu yang tidak pasti iaitu rayuanku ke asasi. Biarlah Tuhan saje yang menentukan takdirku untuk belajar dimana-mana pun. Abangku hanya mengikut sahaja kehendakku. Tapi yang aku tidak seronoknya adalah keadaan tandasnya. Aku memang jenis sensitif kalau bab tandas ni, tak tau mengapa...huhu. NOTHING IS PERFECT.

Setelah seminggu menjalani minggu orientasi di matrik, aku diperkenalkan dengan sistem pembelajaran di matrik. Aku memang sedia maklum dengan cara pembelajarannya yang 'rushing' dan memerlukan banyak pengorbanan untuk sukses di matrik. Cuma baru sekarang ini aku berdepan dengan teorinya, bukan lagi hanya mendengar dari mulut orang. Setibanya pulang dari kelas, aku hairan melihat roomateku yang seorang itu, dia sibuk berkemas. Lalu aku mendekatinya dan bertanyakan hal yang sebenar. Dia menerangkan bahawa petang ini juga ibunya akan mengambilnya pulang ke kampung. Hah??biar betol..mimpikah aku ini?? baru sehari malah tidak sampai sehari kami diperkenalkan dengan sistem pembelajaran di matrik, dia awal2 lagi sudah undur diri. Lalu dia menjelaskan dengan lebih lanjut lagi, bahawa cuti sekolah nanti, dia dan seluruh ahli keluarganya akan menunaikan umrah, jadi banyaklah silibus yang akan dia ketinggalan sepanjang dia menunaikan umrah tambahan pula pembelajaran di matrik rushing. Dia memberitahu bahawa dia akan menyambung pelajarannya di Uitm Johor saje, dan abangnya akan menguruskan semuanya tentang pendaftarannya di sana.

Tiba-tiba, aku merasakan kelopak mataku menjadi panas setelah bersalaman dengan kawanku sebelum dia pulang ke Johor, dan akhirnya menitik jua air jernih dari kelopak mataku setelah aku masuk ke bilik. Mungkin terlalu sedih mengenangkan nasibku yang akan ditinggalkan oleh kedua orang roomateku kerana roomateku yang berasal dari kelantan itu telah mendapat tawaran ke Asasi Kejururawatan di Usm Kelantan. Habislah aku, duduk sorang2 je dalam bilik, roomateku berbangsa cina itu senyap saje. Sape yang akan menolong mengejutkanku untuk solat subuh nanti??huhu.. Tanpa disedari, roomateku yang berasal dari Kelantan itu menghampiriku, memujukku agar xbersedih dan bersabar. Dia memberikan kata-kata positif padaku dan menemaniku ke kafe untuk membeli makanan untuk dinner. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan seekor kucing di kaki lima, lalu roomateku itu menyuruh kucing itu mendoakan agar aku mendapat Asasi Uia.

Setelah usai solat maghrib, aku membaca kalam suci Al-Quran. Tiba-tiba, aku mendapat panggilan dari pihak Uia mengatakan aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Asasi Uia. Ya Allah hanya Tuhan saje yang tahu perasaanku waktu itu. Semuanya bercampur baur. Siapa tahu dalam tempoh 4hari sebelum pendaftaran ke Asasi Uia tu, aku mendapat tawaran itu sedangkan orang lain bersenang lenang di rumah(masa cuti yang lebih panjang), menyediakan barang2 tapi hakikatnya aku, kakakku yang menyediakan semua keperluanku. Sebelum ini, aku hanya menjangkakan bahawa aku mungkin mendapat intake kedua, tapi jangkaanku meleset. Rupa2nya aku mendapat intake pertama. Alhamdulillah.

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." At-Talaq 65:2-3

Semasa di Matrik, guru Addmathku(yang juga dikira guru untuk nuqaba') selalu contact dgnku, menyuruhku untuk membuat usrah disana kerana aku pernah menjadi naqibah & join kem ibadah yang pernah guruku itu anjurkan. Jahatnya aku, selalu mengelakkan diri, memberi alasan bahawa aku tidak pandai sangat, itulah inilah xalim sgtlah.. Sehinggakan apabila aku sampai di Asasi Uia, guruku itu still contact dgnku. Dan setelah aku memberitahu tentang perpindahanku ke Asasi Uia, guruku itu tidak lagi menghubungiku.

Sehinggalah suatu hari, aku dihubungi oleh seorang senior, dan dia mengajakku untuk join usrah. Aku berfikir lagi, memang tidak dapat aku nafikan, aku dahagakan ilmu agama ketika berada di matrik. Dan apabila aku berada di Asasi Uia, aku tidak dapat lari lagi dari join usrah. Memang Tuhan itu amat menyayangi hambaNya. Dan Dia tidak membiarkan aku kehausan daripada ilmu agama. Aku berasa seronok join usrah ini kerana bagiku kakak usrahku ini menggunakan cara yang pelbagai. Dan aku juga ada berkongsi cerita dalam usrahku ini bahawa aku pernah ditemuduga untuk menjadi fasilitator untuk study circle. Aku memberitahu bahawa aku menolak tawaran ini kerana memikirkan aku tidak layak untuk menjadi begitu.

Setelah banyak kali aku join usrah yang dianjurkan, kini aku sedar betapa tanggapanku selama ini salah belaka. Aku perlu dan mesti menjadi seperti itu. Untuk menunggu sehingga diriku layak??sampai bila agaknya??..Dan kini aku berpegang pada hadis ini, "Sampaikanlah dariku walau satu ayat.." Kalau bukan sekarang, bila lagi??kalau bukan disini, dimana lagi?? kalau bukan aku, siapa lagi??

Dan kini aku mengerti, mengapa aku ditempatkan di UIA. Pasti ada maksudnya yang tersirat yang hanya Dia yang mengetahuinya. Memang betul apa yang diperkatakan oleh ustaz bahasa arabku sem lepas,.."Lama-kelamaan nanti, kamu akan tahu apakah hikmahnya kamu ditempatkan di UIA..." Masih terngiang-ngiang lagi ungkapan itu di benak fikiranku sehingga kini. Dan aku merasakan hikmahnya semakin hari semakin tersingkap. Dan suka disini aku menghayati sajak Allah knows best.. Memang pada asalnya aku ingin melanjutkan pelajaran di oversea, namun Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.

Sebab itulah aku postkan sajak itu kerana aku amat suka membaca sajak itu. Aku mendapat sajak itu dari seorang guru berbangsa india semasa aku mengikuti kursus English lepasan SPM. Bagiku, he is a very religious man. Unfortunately, he did not get hidayah from Allah. What can I do?? Kerana bagiku, dia seorang yang amat berpegang teguh pada agamanya. Selalu mementingkan adab dalam setiap perkara untuk mendapatkan keberkatan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Dan dia pernah bertanya kepada kami, mengapa Muslims xboleh menderma kepada orang India untuk membina tempat sembahyang sedangkan dia sebagai Indian menderma kepada Muslims yang miskin. Aku terkedu... Tidak tahu bagaimana untuk menjawab persoalan itu. Memang aku sangat geram situasi begitu kerana kami sebagai orang Islam tidak dapat berhujah..huhuhu.. Semuanya sudah terlambat.. Satu saje harapanku, moga suatu hari nanti, guruku itu akan mendapat hidayah daripada Allah SWT..InsyaAllah....

1 comments:

Nur Jumiatul Hidayah said...

Doakan sy jugak kak supaya jd cani :')