BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

04 May, 2011

Tenteraku Bertambah

Pada tanggal 8 Mac 2011, tepat jam 8.47 pm, telah lahir ke dunia seorang puteri yang sangat comel. Dia diberi nama Nur Alisha Insyirah bt Khairul Adzmir. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.

Sebagai seorang yang menemani kakaknya yang bersalin, berkali-kali aku menerima panggilan telefon daripada semua ahli keluargaku. Busy nampaknya..hehe. Akhirnya, tenteraku sudah bertambah kepada 6 orang. Wah, sungguh ramai. Muhammad Adi Ahlami (9 tahun), Najah Amirah (8 tahun), Syamina Amirah (5 tahun), Atikah Amirah (1 tahun 5 bulan), Muhammad Asyraf (9 bulan) dan terakhir, Nur Alisha Insyirah (2 bulan).




Duhai anak-anakku, dirimu baru sahaja lahir ke alam dunia. Alam yang tersangat baru buat dirimu, yang memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untukmu mengenalinya, agar kamu berjaya di dunia ini, juga di akhirat sana.

Perjuanganmu belum lagi bermula. Pelbagai rintangan perlu kamu hadapi di dunia ini. Kerana hakikat dunia ini penuh dengan pancaroba, onak dan duri yang datang melanda. Namun, itulah namanya kehidupan.

HIDUP INI MESTI BERANI TEMPUH CABARAN!!!

Ku doakan semoga satu hari nanti, dirimu bakal menjadi seorang yang berguna untuk agama, masyarakat, bangsa dan negara, seterusnya menjadi rantai-rantai penyambung risalah rasulillah, pejuang yang tidak pernah gentar membela agama-Nya, kerana tidak ada yang tinggi selain agama Islam itu sendiri. Ameen...

KU DAMBA KASIH ILAHI

0 comments: