BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

06 July, 2011

Demam Kuning


Bukan niat untuk memihak kepada pembangkang mahupun kerajaan, tetapi jika melihat tujuan perhimpunan ini, adalah wajar jika rakyat menuntut satu pilihanraya yang bersih lagi adil. Ini kerana adalah menjadi hak mutlak rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

قل الحق ولو كان مرّ

Cuba kita hayati sirah Rasulullah S.A.W, bilamana Rasulullah S.A.W ditentang risalah dakwahnya dari segenap sudut, kaum Quraisy lalu menghadapi Nabi Muhammad SAW secara langsung. Mereka mengutus Utbah bin Rabi'ah, seorang ahli retorika, untuk memujuk Nabi SAW. Mereka menawarkan takhta, wanita, dan harta yang mereka fikirkan diingini oleh Nabi SAW, asalkan Nabi SAW bersedia menghentikan dakwahnya. Namun semua tawaran itu ditolak oleh Nabi Muhammad SAW dengan mengatakan,

"Demi Allah, biarpun mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, aku tidak akan menghentikan dakwah agama Allah ini, hingga agama ini meluas ke segenap penjuru atau aku binasa kerananya."

Maklumat lanjut tentang tuntutan Bersih, klik http://bm.bersih.org/?page_id=2673

0 comments: