BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

19 July, 2011

Hari itu dalam sejarah

Assalamualaikum..

Hari itu dalam sejarah! Pada tanggal 9 Julai 2011, Malaysia sekali lagi telah mencipta sejarah dengan berlakunya perhimpunan BERSIH 2.0 di kawasan sekitar ibu negara. Pastinya 2 3 tahun selepas ini, akan tercatatnya peristiwa ini dalam buku teks sejarah supaya semua rakyat Malaysia dapat mengambil pengajaran daripada peistiwa tersebut. Sama- sama kita nantikan ulasannya.

Apabila mendengar berita-berita di televisyen saban hari dan membaca berita di akhbar-akhbar, kebanyakannya melabelkan perhimpunan Bersih 2.0 ini sebagai Perhimpunan Haram. Sebut sahaja HARAM, sudah pasti pelbagai persepsi yang akan timbul di dalam fikiran rakyat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sedikit sahaja sumber berita iaitu televisyen (tv1,tv2, tv3 dll)dan akhbar-akhbar. Ini kerana mempunyai sumber berita yang sedikit ini dibimbangi berita yang diterima tidak benar dan telus, mungkin ada biasnya. Adalah penting untuk rakyat Malaysia untuk menyelidiki sesuatu berita yang diterima itu supaya kita tidak mudah tertipu dengan perkara yang telah disampaikan.

Sudah pasti rakyat akan melabelkan perhimpunan ini sebagai satu protes kepada kerajaan, satu rusuhan besar-besaran atau satu tragedi yang hanya merugikan mereka-mereka yang ingin menyertainya.

Tahukah anda apa tujuan perhimpunan BERSIH itu? Tahukah anda apa tuntutannya?




Sebaiknya anda mengkaji semua itu, supaya kita dapat berfikir apa rasionalnya sesuatu perhimpunan itu diadakan. Tidak hairankah anda, apabila melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang turun ke himpunan itu? mengapa kita tidak termasuk dalam kalangan mereka? Adakah mereka saja-saja berhimpun tanpa mengetahui apa sebenarnya tujuan perbuatan mereka itu? atau adakah kerana kita yang menjadi "katak di bawah tempurung"? hanya berada dalam dunia kita tanpa memikirkan apa yang terjadi di sekeliling kita? asalkan periuk nasi kita selamat, itu sudah cukup baik untuk kita.

Kenapa mereka itu sanggup turun beramai-ramai? punyai kekuatan untuk bersatu hati, meredah hujan yang turun dengan lebat, mengharungi halangan polis walaupun hakikatnya mereka berhimpun secara aman namun mereka dikasari oleh pihak lain.

YOU CAN THINK OF IT!

Apa status kita untuk menghukum perhimpunan itu sebagai HARAM? Adakah kita ini seorang ulama, mampu untuk mengistinbad hukum sesuatu perkara? Ada baca cerita tentang HILFUL FUDHUL? Klik di sini dan di sini untuk maklumat lanjut.

KU DAMBA KASIH ILAHI

0 comments: