Isnin 5 September 2011 10:54 am
Semester akan bermula. Terasa janggal untuk masuk belajar balik. Tapi apakan daya, itu adalah satu tanggungjawab yang cukup besar perlu digalas oleh seorang anak yang berumur 20 tahun. Pastinya ada rasa cuak, muram, homesick untuk memulakan semester pertama di main camp, apatah lagi selama berbulan-bulan ‘honeymoon’ di rumah tanpa mentelaah pelajaran.
Namun disini, aku ingin mencoretkan sedikit pesan, buat kamu, dia dan aku. Buat menyuntik semangat sebelum berjuang di medan kampus utama.
Setelah dikaji serba sedikit setelah 2 tahun bertapa di cfs, aku menjumpai formula utama yang paling penting untuk diamalkan adalah FOKUS ketika kuliah, kerana fokus itu sangat penting untuk menerima pelajaran yang diajar oleh lecturer. Seperti dinyatakan dalam surah Al- Mukminun, ayat 1-11
1) Sungguh beruntung orang-orang yang beriman
2) (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya
3) Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan & perkataan) yang tidak berguna
4) Dan orang yang menunaikan zakat
5) Dan orang yang memelihara kemaluannya
6) Kecuali terhadap isteri-isteri mereka @ hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela
7) Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina & sebagainya) maka mereka itulah orang yang melampaui batas
8) Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya
9) Serta orang yang memelihara salatnya
10) Mereka itulah yang akan mewarisi
11) (yakni) yang akan mewarisi (syurga) firdaus. Mereka kekal didalamnya
Sungguh beruntung orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.
Concentrate dalam satu-satu pekerjaan yang dilakukan (fokus), tidur yang cukup, preparation sebelum & selepas kuliah- baca sebelum kuliah bermula & buat note selepas kuliah. study consistently.
Satu perenggan kata-kata yang ditulis oleh ustaz Fathi Yakan dalam bukunya apa ertinya saya menganut Islam
“apakah yang kita harapkan daripada seorang yang menganut ajaran Islam selain daripada mengharapkan beliau kuat dalam semua perkara. Kata-kata yang menjadi slogannya ialah ‘kekuatan dalam semua bidang’. Oleh itu, Ikhwan Muslimin mestilah menjadi orang-orang yang kuat dan mereka mestilah bekerja dengan kekuatan dan dalam kekuatan.”
Sabda Rasulullah S.A.W: “Kamu berada di satu penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, oleh itu janganlah (kamu biarkan Islam) diserang daripada penjurumu.”
Setiap orang harus menekuni dan menguasai satu bidang tertentu~ As-syahid Imam Hassan Al-banna
As-syahid Imam Hassan Al-banna pernah berkata “Jika engkau melihat seorang mukmin yang benar orientasi hidupnya, pasti ia juga memiliki banyak faktor kejayaan dalam hidupnya”
Seorang mukmin itu pasti punya upaya untuk berjaya dalam hidupnya kerana dia memiliki banyak faktor. Antara yang utama ialah kerana dia memiliki Allah dalam hidupnya untuk menolongnya dalam apa jua yang dilakukan.
Oleh itu, mahu tidak mahu, kita sebagai seorang mukmin wajib punyai sifat itqan (tekun) dalam apa jua yang dilakukan. Jadi, apa-apa pun, DO YOUR BEST!
Yakinlah dengan Allah S.W.T.
~Faiza azamta fatawakkal ‘alallah~ (Al-Imran: 159)
~LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA~
KU DAMBA KASIH ILAHI
0 comments:
Post a Comment